Wajah Baru!

Yeay! Berjaya jugak aku memberi nafas baru kat blog ni..(sebenarnya template lama dah terdelete..)..haiyaa! Takde apa nak update..(banyak actually nak update tapi masa tak cukup..). Nanti2lah ye!

Happy New Year! 2010 dah? Dush!

Kakchik, blog kau dah bersawang, bila nak update? Oopss.. :p

Kata-kata pujian dari Aziel..haha. Masa mencemburuiku..wahhhh! Memang dah bersawang dan berusang tapi aku akan gigihkan jua menghapdateeeee! Tunggu!!!

Open House Sana Sini



Kak Nor's House






bekas baru yang cun melecun beli kat Giacomo





Macaroni Cabonara yang sangat sedap



Haziq's Open House


Rumah yang dah jadi open house wajib pegi.








Kak Suzie's Open House






Kak Suzie masak apa pun sedap..huhu






Abg Hadi's Office Jamuan Raya


Termasuk open house ini yang baru sekali miss rasanya tahun lepas. :p






lamb..fuhhhhhh





Nasi Beriyani!!!



Dato Noh's Open House


Dan juga yang ini memang menjadi acara wajib setiap tahun. Pasti datang. ;)




ada Tok Ti di sini






muka DK senyum paksa tengok bini kena nyanyi atas stage..huhu





motif amik gamba? nak nampak CT kat blkg..haha








Hakim menantu DNO yang makin 'membesar' bagai johan..haha




Belum masuk lagi yang beraya and open house yang tak amik gambar. Fuhhhh. Cukup bulan aku yang 'membesar' bagai johan. Wakakakakaka!!!

Ashdd's Farewell

Ashdd is going to UK this Friday. Further study about one year plus. So malam tadi ada farewell's dinner dekat Intai-Intai Restaurant. Ashdd belanja..yippiee! Aku dengan selamba pakai seluar trek. Hikhik. So here the picca.




Sambil borak sambil makan. Makanan sedap-sedap pulak tu. Lazatttt. Iskk..iskk. Lama jugaklah lepak. We all customers paling last tapi takpe sebab Farhan dah cakap dengan En. Baha, tuan punya restoran. :P





Last acara amik gamba ler. Nanti dah tak jumpa Ashdd dah setahun. Jumpa kat Facebook je la. Tu pun dia baru nak buat. Iskk..iskk. Nanti kena gelak dengan orang UK nanti baru tau sebab Facebook takde. Hehe. Orang dah zaman Twitter/Facebook dah sekarang ni. Lagipun senang nanti nak ber-message-message dengan girlfriend. Siapa girlfriend Ashdd?? Haha.

Sekian. ;P

Penang







































Open Office..Bley ke Gitu?

Office ada buat jamuan raya semalam. Macam biasalah semua kena contribute duit and food. Aku bawak kuih raya je. Sedap dan cepat. Muahahaha!










adik beradik of the day sama kaler dgn air..muahaha


Makanlah sampai muntah hijau. :P

Raya..Raya!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin! Semoga Syawal kali ini menjadi satu memori indah untuk kita semua. Chewahhh!

Ok, raya tahun ni aku beraya di Ampang dan Melaka. Raya ke-3 baru balik beraya di Pahang. Raya kat Melaka agak boring (ooppsssss!!) sebabnya takde ramai sedara mara plus aku pun baru 1st time beraya kat situ. Raya kat Pahang lak of coz la happening sebab ramai sepupu sepapat/makcik pakcik sedara aku walaupun ada jugak yang buat muka taik bila aku hulur tangan disebabkan kes-kes bodoh tak puashati sesama kaum keluarga yang lain. WTF. I just don't care!

Hukum memutuskan silaturrahim.
Memutuskan silaturrahim pula hukumnya haram dan dikira melakukan maksiat besar sehingga mendapat laknat dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala, Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
“(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?. (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya.”
(Surah Muhammad: Ayat 22-23)


Gigih aku tanya cik Google ni tau. Sebagai peringatan kepada diri sendiri dan juga kepada yang tak sedar diri. :P


Asyraf, the one and only nephew on hubby side


Asyraf with Kamarul


Us

Aku tak pergi pun sembahyang raya sebabnya takde geng. Nak gi sorang2 segan (boley ke?? caittt!). Just tunggu kamarul balik dari masjid then bersalam-salaman lepas tu terus kecepus ke Melaka. Malam raya layan EPL, Man United vs Man City. Sakit jantung tengok game ni. Man United won 4-3. Padan muka Man City over confident sangat. Muahahah! Esok balik KL sempat beraya umah Mala tapi aku lupa lak nak amik gamba (lupa sendirii!). Tiba raya ke-3..jeng..jeng..jeng..it's my turn babeh! Balik kampung! Yeayy!

Macam-macam perkara berlaku masa balik sini. Entahlah. Perkara kecik jadi besar. Kadang-kadang orang tua yang berselisih faham tapi anak-anak nak turut serta. Aku memang angin orang camni. Mau aku terajang je kat muka orang tu. Tapi sebab aku rasa orang tu pun budak hingusan jadi haruslah aku abaikan saja. Bagi aku orang tua punya hal, yang muda belia ni tak perlulah masuk campur nak bermasam muka sesama sepupu sendiri. Cuba korang flashback balik time kecik-kecik dulu main sama-sama. Apa ko rasa? Oren?? Orang time raya ni lah kita nak bermaaf-maafan tapi ada jugak orang yang taknak. Buat dek muka selamba je. Esok lusa kalau mati kena langgar lori tak sempat nak mintak maaf dengan abang atau kakak sendiri macam mana? Entahlah labu!


ni Maleq notty nak amik gambar atuk dia pulak


Kamarul + Maleq amonen! I wonder what will happen if Maleq and Asyraf meet


Mica


elehh..gediks sungguh!


dengan selamba Maleq makan epal sebiji..huhu


Banyak lagi gambar sebenarnya tapi dalam camera Wani. Nantilah upload.

To be continued..

Kenangan Paling Best Dalam Hidup Aku! - 2nd Edition

Tora datang lagi! Dengan permainan robot reka! (sapa tak penah makan cekelat ni dia memang rugi..haha).

Year : 1996 | Location : Teknik Bentong

** 2nd Intro
Masih lagi cerita di zaman aku form 4. Aku ingat lagi masa mula2 masuk hostel, nak mandi kena pakai kain batik (exco senior sibuk je warning banyak kali time orentasi..bluwekk). Serius aku tak selesa mandi pakai kain batik ni. Dah jirus air banyak pun tetap terasa buih2 sabun bermain di celah2 yang tak sepatutnya. Iskkk! Padahal aku tengok setiap dorm ada tandas sendiri dan dalam tandas tu pulak ada 3 bilik mandi dan 2 jamban. Tutup pintu sudah mandi sapa nak telek kan??? Aku rasa adalah dalam 2 minggu je kut (dalam masa 2 tahun duduk hostel tu) aku mandi pakai kain batik ni sebabnya kain batik aku jadi reput. Nak mintak kat mak nanti mak marah sebab tak pandai jaga. Haha. Nak2 kalau bangun lewat memang tak dapatla nak berkain batik bagai ni.

Owh, duduk di hostel jugak tak boleh nak pakai seluar pendek. Kalau senior nampak conpem kena panggil. Aku pakai je selamba pastu senior dorm F1 nampak aku kena panggil (jeles la tuh sebab aku pakai suar pendek kotak2..ahaha). Pastu kena sound kaw-kaw. Tapi telinga aku ok je, bernanah tidak apatah lagi berdarah. Huahuahua. So aku pun meneruskan pemakaian suar pendek seperti biasa tanpa rasa cuak (cuaklahhhh..jangan bagi senior bzbody nampak sudayyy) tapi bukan aku sorang je tau yang pakai. Bersusun! Ok, sila bayangkan situasi begini: Jam 1.05 tengahari dengan cuaca yang panas terik. Berjalan kaki balik dari kelas ke hostel (walaupun 5 minit) lengkap beruniform sekolah dan bertudung siap cucuk pin dua belah. Sampai di dorm yang tiada mempunyai kipas siling. Apa kau rasa? Oren? Sebab itulah aku pakai suar pendek. Panas!

** Kronologi Bersama - Part 3
Ok, ni cite masa bulan puasa pulak. Aku rasa bulan puasalah paling happening sekali kat hostel ni. Agenda-agenda dalam bulan puasa adalah:

Sahur
** malas aku turun sebab food dia giler azab (tengok pulak muka pengkid yg hidang food) tapi semua wajib turun lepas sorg budak ni kena gastrik, sapa tak turun siaplah dengan warden
PAFA
** agenda paling mengantuk tahap gaban
Buka Puasa
** agenda paling best sebab boley main baling2 kurma dgn budak Aspura sampai jadi gaduh sampai ke form 5..(tu cite kendian ok!)
Solat Isyak & Tarawih
** wajib semua turun kecuali bagi yang tak boleh je..sapa ponteng warden cek panties ko period ke tidak (ahahaha..bodo gile aku rasa buat camni)

Masa form 4, solat tarawih buat di surau Aspuri jadi agak kuranglah tarikan bagi aku tapi harus pegi (gile ko junior nak ponteng). Aku suka masuk lewat2 pastu dapat duk belakang sekali dekat pintu. Time orang duk tarawih kami main gelak2 kat belakang. Time ni memang fikir nak main2 je. Aduss! Time sujud bantai main gelak2 pandang muka member sebelah. Main tepuk2 kepala. Pastu yang lain tukang gelak. Time orang duk baca wirid kami bantai pulak macam main muzik. Eton buat gaya main drum, aku buat gaya main gitar, Sasri buat gaya nyanyi. Aduiii..apa nak jadi beb. Buat main je benda2 ni. Gi tarawih pun dengan selamba pakai suar pendek (kat dalam telekung la tapi..nak mampos).

** Kronologi Bersama - Part 4
Walaupun masa ni junior tapi keinginan untuk skip prep tu selalu berlegar dalam otak. Jam 3 petang setiap hari lepas kelas ko wajib turun prep. Boleh bayang tak time tu dia punye ngantuk camne. Bila dengar bunyi tapak kaki (sebab ingat warden naik) mulalah cuak lari masuk toilet. Sapa ingat yang kita masuk shower room sampai 7 orang?? Miah tadah air menitik dengan tangan dia. Hehe. Crazy! Jam 6 petang pulak wajib turun riadah. Ni pun part yang aku malas! Bila lalu depan dorm senior tgk dorg membongkang giler jeles. Nak pegi riadah kena pakai t-shirt lengan panjang pulak. Kadang2 aku ada jugak pakai lengan pendek (warden nampak mampos ko). Hari Ahad pulak ada gotong-royong. Sebelum nak mula tu adalah ucapan2 dari exco takpun warden ke. Kena time tu angin tak betul adalah junior yang kena panggil. Aku memang dah cukup bersedia kalau bab-bab camni (muka wantedkan). Ada je salah junior dorang nak carik. Dulu aku serius meluat dengan senior yang ko takde pangkat kat hostel tu tapi ko punye kerek dengan gipang giler tahap kronik. Berbulu siot.


To be continued...

Buka Puasa!

Semalam berbuka puasa dengan Mala and E dekat Nasi Ayam Hainan Bukit Bintang. Nasib baik dorang ada kalau tak berbuka dengan dinding lagilah aku ni.


cun tak kami?? (perasannnn sungguhhhh!)


E


Chicken Roasted


Kerabu Mangga..makan sehingga menjilat pinggan :P


adusss..makan nasi le pulak!


Air Asam Boi..air paling sedap kat dunia ni..hehe


Takde apa nak tulis pun. Nak letak gambar je bagi orang terliur. Huhu.

Kenangan Paling Best Dalam Hidup Aku!


Disclaimer : Mengandungi ayat-ayat skema dengan Bahasa Malaysia bertaraf Gred A1 dan juga bahasa rojak Gred A1+. Juga mengandungi carutan-carutan maut khas untuk bacaan 21 tahun dan ke atas sahaja :P


Hari ini dengan tiba-tiba aku mendapat energy untuk mem-blog. Spontan gitu. Aku nak blog pasal life aku masa di Teknik Bentong a.k.a Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan. Suka duka pahit manis life kat situ. Idea datang mencurah-curah gitu untuk mem-blog mungkin hasil dari tindakbalas hormon selepas berulang kali membaca/me-reply thread panas di inbox Facebook bersama-sama geng Pichang. Muahahaha!

** Flashback

Semasa aku bersekolah dulu aku ada satu kumpulan. Kami berlima orang dan nama kumpulan ini ialah SAYME (gila poyokan time sekolah dulu?). Tertubuhnya SAYME ini sebab kami berasal dari tempat yang sama. Misalnya aku dengan Eton sama sekolah sejak Tingkatan 1 di Raub manakala Adreena, Marina dan Shima pula sama sekolah di Lipis sejak dari Tingkatan 1. Masuk Tingkatan 4 sebelum masuk Teknik Bentong, Adreena jadi jiran aku di Raub jadi kami pun berkawan. Nak dijadikan cerita lebih sedap dan lazat lagi, masing-masing dapat tawaran masuk ke Teknik Bentong cuma Adreena masuk lewat 2 minggu dari aku. Bila dah bertemu 4 orang ini sebab satu kelaskan kecuali Eton maka tertubuhlah kumpulan SAYME ini (poyo sialll!!!).

SAYME adalah maksud bagi pangkal nama ahli-ahli kumpulan iaitu:

S - Shima
A - Adreena
Y - Yusma
M - Marina
E - Eton (tapi minah ni macam kureng sket dulu so kami tukar E tu jadi Escape..muahahaha)


Zaman tengah meningkat naik orang kata. Naif sungguh aku di kala itu. Melihat orang lain ada kumpulan maka kami pun mestilah nak ada juga kumpulan sendiri. Tak meriahlah kalau tiada kumpulan. Wakakaka. Tetapi sebenarnya aku tidak obssessed sangat dengan SAYME, sebabnya aku tinggal di asrama jadi semua budak bilik adalah kawan-kawan aku (kawan yang terbaekk wokk!).

Yang seronoknya semasa aku tinggal di asrama ini, bilik kami bercampur dengan semua jurusan. Maknanya kami sebilik tetapi berlainan kelas. Itu yang seronok sebab budak bilik lain semuanya sama dalam satu jurusan dan mereka juga sekelas jadi agak kuranglah soseh-soseh mereka sebab hari-hari berjumpa dengan orang yang sama maka cerita pun menjadi samalah (tahap skema gred A1 giler dah aku rasa ayat-ayat aku ni).

Ok. Full Stop. Enough with the Bahasa Malaysia Gred A1 :P

** Prelude
Dalam dorm aku ada 24 orang termasuklah seorang budak dari aliran SKM mengambil jurusan Binaan Bangungan (harus geng Pichang bahan aku ni sebab ingat details dia..huhu) yang bernama Suzanira (panggilan manja - adik choki2 sebab selalu kena paw dengan budak2 dorm suh belanja Choki2). Masa Form 4 kami dapat dorm F4. Dorm yang aku rasa sangat scary ok! Sampaikan nak masuk toilet siang hari pun aku tak berani nak gi sorang. Hikhik!

** Intro
Masa junior dulu boleh dikatakan aku memang agak takut dengan senior-senior aku. Mostly yang duduk dorm F2 and F1. Muka sorang-sorang macam nak telan orang je (padahal drama je lebey). Caittttt! Kena pulak aku junior yang paling kontroversial masa tu. Kontroversial??? Begini ceritanya.

Pada suatu hari semasa minggu orentasi, adalah senior sorang ni kelas ABM naik dorm aku and dia tanya aku ABM tu apa kejadah? Manalah aku tau (aku juniorkan explore pun tak abis lagi..sarippp!!!) tapi aku teringatlah Wani pernah beritahu sebelum tu yang ABM tu Anak Babi Montel (bertuah kakak aku dah aku percaya!). Wani ni sekolah sini jugak and senior kepada senior aku ni (sama sekolah gitu adik-beradikkan :P).

Nak dijadikan cerita senior ni jadi bengang tahap gila babi montel juga. Haruslah dia war-warkan pada seluruh warga hostel - senior/warden tentang jawapan buruk aku itu. Seriously pada masa tu aku jawab memang jujur/spontan sebab itu saja jawapan yang ada dalam kepala otak aku. Aku memang naif beb time tu. Sadis-sadis. Hahaha. Tapi semua itu tiada berguna lagi, nasi telah menjadi bubur lambuk. Jawapan aku telah disalah anggap dan dikontroversialkan.

Maka bermula pada saat itu aku pun menjadi popular secara tiba-tiba (tak perlu susah payah berkempen, tup2 dah glamer..kakaka..takbley blah beb). Macam-macamlah aku kena lepas tu, kena sindir dengan senior, kena panggil/kena soal dengan senior, kena maki dengan Tapir and Tapir ni pulak memang aim aku lepas nama aku naik. Masa orentasi pulak, si kembar Ikan Tilapia pengawas tu pun asyik nak attack aku. Suruh aku listkan namalah, kutip bagdelah. Macam-macamlah! Sesungguhnya aku rilek saje sebab itu je yang mampu aku buat pun. Takkan nak bergusti kut. Hahaha. Chill babe..chill. Jauh sekali aku nak menangis. Apa barang aku nak nangis bila senior/warden panggil. Sungguh tak kuasa! Time Azmi Mamat panggil pun muka aku innocent je gitu. Seperti muka wanita lindungan Kaabah lagi. Wakakakaka!

Tapi memang haram jadahlah kan masa Azmi Mamat panggil aku sebabnya kes aku tu dah clear pun. Aku dah siap mintak maaf dengan semua tup-tup dia baru nak panggil. Memang SHELAKA tahap dewa! Aku kira adalah dalam 2 bulan kes dah clear end-up dia timbulkan balik. Gampang sungguh!

** Kronologi Bersama - Part 1
Lagi kisah yang agak gam***g bagi aku masa semua budak junior kena panggil dengan Tapir. Sebabnya adalah kami tak hafal nama-nama warden Aspura/Aspuri. Sebagai hukuman, masing-masing kena beratur ikut dorm tunggu turn amik penampar Jepun Tapir. Sungguhlah gam***g tahap dewa-dewi langit ke-7 masa itu. Tapi aku and F4 geng tetap maintain time tu walaupun dalam hati rasa nak flying kick je balik (kecuali sorang budak tak cukup zat ni melalak/melolong bagai nak gila kena penampar Jepun Tapir sampai kena panggil kakak dia tenangkan..wakakakaka).

Actually banyak lagi kisah masa Form 4 ni tapi aku jadi blank la pulak! Haishhh!

To be continued...

** Kronologi Bersama - Part 2
Sambungan - Aku rasa aku dah ingat sikit2 (lupa banyak daa..sib baik AD pelakon bersama datang membantu..hehe). Memori dah kembali pulih. Wink. Tapi aku tak ingat exactly apa yang berlaku (lama dah tu weh, dah 13 tahun). Cuma kisah ni berkaitan dengan pengawas si kembar ikan tu. Kisah berlaku kerana si kembar ikan ni telah mengkantoikan Sally dengan surat cinta dari BF-nya and dorang ugut nak bagi kat warden (baru ugut tapi tak bagi lagi). Sally pulak mintak tolong kat kitorg suh amik balik surat cinta tu. Macamane aku, AD and Eton boleh setuju nak gi amik pun aku dah tak ingat. Mungkin sebab bengang tahap dewa kut dengan si kembar ikan ni. Maka kami pun bersetuju untuk menjadi hero (bodo siot time ni..wakakaka). Dan juga 2 orang senior yang terlibat dalam misi bodo ini (tak ingat dah motif dorang join kitorang buat benda ni).

Masa tu hari sekolah and time rehat kitorang curi2 masuk dorm si kembar ikan kat E2 and pecahkan locker dorang. Muahaha! Eton pakai sudu bukak pintu locker dia. Giler hebat Eton!. Korek punya korek locker dorang maka terjumpalah surat Sally tu. Masa tu ingat nak amik surat tu je tapi si AD ni pulak ada agenda lain. Dia jumpa gambar si kembar ikan tu and gi amik skali. Juga terdapat alien-alien yang agak hamis baunya di dalam locker itu! Ingatkan stock makanan sekali alien berupa kain batik sambil dihurungi ulat terbang yang kecik2 tu (euuuwww!!!). Gambar tu pulak nak diiklankan hasil idea 2 orang senior tu dan akibat dari gambar itulah terjadinya beberapa perkara lagi yang aku rasa memang sumpah bodo/lawak tak hengat time tu. Kisahnya begini.

Waktu prep petang tu aku, AD dengan Eton dengan bangganya pegi ke Lorong Candu (port serong paling berpengaruh) dengan tujuan untuk menampal gambar si kembar ikan ni untuk diiklankan (idea tampal iklan ni dari 2 orang senior tu tapi dorang tak berani nak tampal..haiya!). Cukup time maka Lorong Candu pun pack dengan student lelaki khasnya dan bermulalah semuanya. Bebudak lelaki gi tokok tambah pulak tulisan yang tak senonoh/lucah kat gambar tu sambil ketawa berguling2 tengok iklan gambar tu. Lepas tu aku dah tak ingat macamane gambar tu dah ada dekat warden. Selepas itulah bermulanya perkara2 bodo yang amat (sebab aku gi bantai buat benda ni) dan lawak (sebab nak menipu tapi kantoi..haha). Padanlah muka aku, AD and Eton. Yang pasti kena panggil dalam rumah warden and kena soal siasat habis-habisan. 2 orang senior tu pun sama kena panggil and dorang suruh kitorang mengaku dari A - Z. Time tu aku rasa senior tu dah melutut merayu gitukan. Warden siap rampas dorang punya matrik card and cakap tak bagi amik SPM. Haha. Kecut perut semuakan (tapi tak nangis okay). Serius buat keje bodokan. Kalau tak silap kes ni warden nak report kat parents tapi senyap gitu je. Lepas tu aku pun dah tak ingat.

p/s : ** Kronologi Bersama - Part 3 akan menyusul kemudian bila ingatan aku kembali pulih terhadap kisah benar yang pernah berlaku bersama geng2 F4 dulu :P .